Thursday, October 30, 2008

Sayang ayah dan ibu

kasih seorang ayah mengajarku untuk menjadi yg terbaik dalam hidup ini. tanpa seorang ayah tak mungkin aku berada di alam nyata ini. Segala kesusahan, keperitan dalam membesarkan dan mendidik anak2 kau tempuhi dengan tabah. dengan bertemankan ibu yang sentiasa berada disisimu tatkala susah dan senang membuatkan aku sentiasa terfikir betapa besarnya pengorbanan kalian...

tapi aku sebagai anak sering lupa pengorbanan kalian. aku hanya pentingkan keseronokan dan kadangkala aku berasa bersalah kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan sempurna. ketabahan dan kesabaran kalian membuatkan aku terkenang kembali saat seorang ibu melahirkan seorang bayi yang ditunggu selama hampir sembilan bulan.tatkala itu sang ayah berdebar untuk menatap wajah si anak.pada fikiran si ayah,mampukah untuk menjadi ayah yang terbaik kepada anak2nya.

ketika si anak kecil yang sedang bertatih bangun dan jatuh, si ibu dan ayah tidak putus2 membantu si anak dan sering memberikan kata semangat dan perangsang agar si anak tidak berputus asa.akhirnya si anak berjaya,tetapi mengapa tatkala seorang ibu dan ayah yang sudah dimamah usia tidak dihiraukan oleh anak2? apa salah mereka?adakah si anak lupa pada pengorbanan si ibu dan ayah?lupa ketika mereka mula pandai bertatih dan mengenal dunia?

ketika si anak meningkat remaja, segala kehendak anak2 dituruti. walaupun si anak melakukan kesalahan, mereka tetap memaafkan si anak dan menerima anak mereka seadanya seperti sediakala.si ayah dan ibu sanggup mengorbankan hak mereka demi menunaikan kehendak anak2. segala kelengkapan si anak perlu disediakan agar si anak tidak berasa kekurangan.betapa besar dan tidak ternilainya pengorbanan kalian.

tapi pernah anak2 tfikir apa yang telah dilakukan oleh si ibu dan ayah kepada diri mereka? walaupun si anak menconteng arang ke muka mereka, tidak mereka hiraukan masyarakat demi anak2 tersayang. si anak tetap diterima.namun begitu mengapa si anak sanggup menconteng arang ke muka mereka?tapi mengapa ada yang sanggup mengherdik si ibu dan ayah yang mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada mereka?

Bagi diriku:

betapa besarnya erti seorang ayah dan ibu.
betapa besar dan tidak ternilainya pengorbanan ayah dan ibu.
betapa beruntungnya aku kerana mempunyai ayah dan ibu dan aku dapat merasai kasih sayang dari insan yang bergelar ayah dan ibu.
betapa pentingnya ayah dan ibu dalam hidupku.


Syukur yang tidak terhingga ku panjatkan kepada Ilahi.Pencipta Yang Maha Esa.

Terima Kasih juga kerana Kau berikan kepadaku keluarga yang harmoni dan bahagia.
Tidak ketinggalan, dengan kehadiran seorang abang di dalam hidupku pada waktu ini membuatkan aku berasa betapa Kau mengasihi hambaMu walaupun aku banyak lupa kepadaMu.

0 OrAnG KompLen: