Saturday, November 1, 2008

The Legend Of RNY siri 1

Keseronokan untuk menyambung pelajaran membuatkan bertambah gembira, aku nak tebus semula kegagalan aku masa SPM dulu. Aku malu sendiri dengan keputusan SPM aku.
Terasa aku terlalu banyak membuang masa selama dua tahun. Aku sibuk dengan sukan sehinggakan pelajaran aku terabai. Ini kesilapan besar yang aku lakukan ketika
aku mula hendak mencari hala tuju hidup.

Melangkahnya aku kedewan pendaftaran, aku berniat didalam hati yang aku akan tebus segala kegagalan aku yang lalu. Aku akan pastikan yang aku akan menjadi yang terbaik disini.
Kurenung wajah ayah dan mak yang sama-sama menghantar aku kesini.

"Kenapa tengok ayah camtu?" tanya ayak kepadaku.
"Saje, nanti ayah da nak balik, rindula nanti" balasku sambil ketawa.
"Mula buat perangai. Disini perangai tu elok-elok. Jaga adab, jaga maruah. Jangan nak ikut kehendak hati sendiri je. Walaupun mak ayah jauh, jangan ingat boleh bebas sesuka hati" nasihat ayah.
"Baik bos!!!" aku tunjukkan tanda tabik hormat seperti seorang tentera.

"Perangai abangla tu" celah emak.
"Ape pulak?" ayah buat muka tidak faham.
"Tengok anak abang tu, perangai dia bukan macam abang ker?" balas emak dengan muka yang tak puas hati.
"Nak marah kenapa?" tanya ayah.
"Tak kira tempat, dia buat je apa yang dia nak buat" jawab emak.
"Biarlah bukan dia buat benda tak elok pun" balas ayah dengan wajah yang slumber.

Aku hanya mendiamkan diri. Tak mahu campur. Tak pasal-pasal aku kena cepuk ngan mak. Takut aku...huhuhu seram.
Aku memang suka tengok ayah dengan mak camtu. nampak mesra tapi aku kena berjaga-jaga. Mak ni lain sikit hehheeh..


"Nama siapa dik?" soal kakak berbaju kurung biru muda.
"Nur Fathir Syuara' binti Muhammad Fazreen Hafiz" jawabku dengan yakin.

Kakak itu merenung kewajahku.

"Kenapa?" bisik hatiku.Aku salah sebut nama aku ker? Tak mungkin.
"Adik tunggu disana ye. Lepas ni kami akan bagi taklimat" ujar kakak itu dengan senyuman.

Lega aku. Nasib baik senyum, kalau tak...


Tamat sesi taklimat, aku dihantar kerumah sewa oleh pensyarah yang bertugas. Nama pensyarah tu pun aku tak tau. Esok-esok kenal la.


"Ayah balik dulu ye" ayah mulakan perbualan setelah lama aku senyap.
"Ok hati-hati ye" balasku.
"Jangan nangis pulak mak nak balik ni" saja mak menambah kesedihanku.
"Halllo Halllo ni anak ayahla, nak nangis buat ape? Kan datang sini nak menuntut ilmu. Kan ayahkan? balasku sambil meminta sokongan ayah.

Ayah hanya memandang dengan pandangan kosong. Malas kot nak layan perangai aku ataupun ayah pun sedih. takpun taknak mak berleter.

"Along kat sini belajar sungguh-sungguh ye. Jangan buang masa. Ingat apa orang da buat pada keluarga kita. Ubah persepsi orang pada keluarga kita. Mak tau anak mak boleh buat. jangan hampakan harapan mak ngan ayah ye.
Along contoh pada adik-adik. kalau Along berjaya, adik2 mesti akan ikut macam mana along" pesanan emak buat aku bertambah sedih. Tapi aku tak tunjuk. Rileks je.
"Anak ayah buat yang terbaik ye" pesan ayah lagi.
"Insya Allah, Along akan usaha. Terima kasih ye yah, mak" ucapku.

Selepas bersalaman dan mencium mak dan ayah, mak dan ayah pun pulang kerumah.
Aku tanamkan semangat yang aku akan usaha untuk realisasikan impian mak, ayah dan diriku sendiri.
Terlalu tinggi harapan mak dan ayah kepadaku.

0 OrAnG KompLen: