Wednesday, December 10, 2008

Amyr memories in maxis,digi and celcom2

Kesunyian malam membuatkan aku lebih tenang dalam mengulangkaji pelajaran tanpa ada gangguan. Mencari keyakinan diri untuk menjadi yang lebih baik membuatkan aku menggagahkan diri untuk mengulangkaji pelajaran.

Cengkerik menemani malam.Membuai lena tidur rakan-rakanku yang lain. Kealpaan aku selama ini, aku tunaikan dengan titisan airmata kekesalan yang menebal dalam diri.

*******************************************************************************

Seminggu berlalu. Malam ini aku tak buat apa2. Hanya bermenung untuk melepaskan penat lelah. Setelah kesemua kerja-kerjaku selesai, aku berbaring sambil merenung ke arah siling yang kosong. Aku memikirkan apa yang akan aku lakukan selepas ini. Tiba-tiba aku teringat akan telefon bimbitku yang hampir seminggu tidak di cas baterinya.

“ooo..tak per ader lagi dua bar, okeyla sampai esok” ucapku dalam hati.

Aku terus menekan2 keypad telefon bimbitku. Aku teringat akan nombor yang missed call aku minggu lalu. Aku menaip mesej untuk dihantar ke pemissed call itu. Aku yakinkan diri untuk bertanya walaupun jam menunjukkan jam 01:19 pagi.

“Assalamualaikum siapa ni?”

Tidak lama kemudian mesej ku berbalas.

“Waalaikumussalam siapa ni?”

Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Sah gila orang ni dalam hati aku.

“Awak missed call minggu lepas, sekarang baru saya berpeluang untuk bertanya kerana minggu lepas saya banyak kerja”.

Mataku tak tahan menahan kehendaknya. Selamat malam. Aku terus tidur tanpa menunggu balasan dari si pemissed call.


0 OrAnG KompLen: