Tuesday, December 23, 2008

Ansuran

Ada sepasang kekasih yang dah bercinta sejak di bangku sekolah lagi. Satu hari si gadis terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan dia kehilangan banyak darah. Oleh kerana sayang yang teramat sangat dengan kekasihnya, si jejaka ini pun terus mendermakan banyak darah kepada kekasihnya.

Setahun selepas kejadian itu, si gadis ini telah berkenalan dengan seorang lelaki macho dan dia terus jatuh cinta dengan mamat itu. Apa lagi, si gadis ini pun putuskanlah hubungan dia dengan si jejaka yang lama itu. Si jejaka punya la geram, dan dia berkata

Jejaka:tak kenang budi punya awek!! Bagi balik darah yang aku derma kat kau tahun lalu!!”

Si gadis yang sedang datang bulan, membalingkan tuala wanitanya ke arah “dudanya” dan berkata

Gadis: Nah, aku bayar ansuran tiap-tiap bulan!!!

0 OrAnG KompLen: