Tuesday, December 16, 2008

Lelaki

Jenis Jenis Lelaki...

1 - Jenis habis madu sepah dibuang

Lelaki kategori ini adalah seorang lelaki yg mementingkan kebersihan. Kerana dia takleh hidup dlm keadaan yg bersepah sepah. Sebab itu la, bila madu dah habis...dia akan membuat pembersihan dan benda benda yg bersepah akan di buang.

2 - Jenis bagi betis nak peha

Lelaki jenis ini mempunyai selera makan yang tinggi. Dan mungkin jugak seorang yang buruk lantak. So, sesiapa yg mempunyai pasangan seperti ini hendaklah sentiasa memastikan ada lebihan makanan setiap kali menjamu selera.

3 - Jenis manis mulut di bibir

Lelaki kategori ini adalah seorang yang hisap rokok secara curi curi. Atau lebih tepat lagi hisap rokok tanpa pengetahuan pasangannya. Dan lelaki ini sentiasa 'cover' bau rokok dengan makan gula gula. Sebab tu mulut serta bibir dia manis.

4 - Jenis lembut gigi dari lidah

Lelaki jenis ini seorang yg suka menggosok gigi sampai giginya kelihatan putih bersinar sinar. Dan harus di ingat, giginya yang putih berseri itu adalah senjata utama yang digunakan untuk meng'ayat' pompuan kerana hanya dengan senyuman yg membariskan giginya yang putih itu dapat melembutkan hati perempuan tanpa menggunakan kata kata.

5 - Jenis tikam dari belakang

Tikam dari belakang??? Main belakang???

Err....no komen!


KEPADA SEMUA WANITA2 BERHATI2 LAH...

0 OrAnG KompLen: